:::Welcome:::

"jangan mudah putus asa dalam hidup, kiranya terjatuh, bangunlah..teruskanlah..berjuanglah..kerana Allah sentiasa di sisimu.."

1/10/2012

MATI

assalamualaikum...
sebelum ak terlanjur dalam berkata2..mohon keampunan ku pohonkan andai kata kalimah MATI ini begitu sensitif buat kalian. namun hatiku sering meronta2 untuk mengingati MATI di kala ini. bukan niat tuk bhutbah, berceramah dan yg sewaktu dengannya. tapi sbg luahan dan ingatan buat diriku sendiri

bila menyebut kalimah Mati, mmg ak takut tuk mati. tapi selama ni ak leka dengan rencah kehidupan. lalai dengan buaian mimpi sendiri. mmg lalai..dan sangat lalai.. ak ketandusan kasih sayang dari Dia. sejak bila aku sedar, ak pun xtau..tp yg pastinya, saat ini,ketika ini, hari ini, ak betul2 ingin mencari ketenangan hati yg hakiki. tangisi kesilapan sendiri, ratapi kejahilan diri. entah bila ak akan dapatkannya. 
khilaf apa yg ak lakukan?? banyaaak..aurat tidak djaga dengan sempurna,kakiku ku dedahkan, tanganku.. lagi?? mmg ada lg..suka lawan ckp umi abah..suka sakitkan hati dorg..

dan kini, ak sudah pun brumahtangga, ada suami untukku cintai, untukku sayangi, untukku kasihi, untukku taati. kewajipan ku telah jatuh kepadanya. menuruti segala kemahuannya setelah Allah dan Rasul. marahnya suami marahnya Allah. semakin ak kenal suamiku, hatiku makin dekat dengan Allah ku rasakan. wah..ajaibnya suamiku..bukan tu  maksudku...dia tiada buat apa pn..tp dengan dia jg la ak kenal cara untuk berlembut dengan orang tuaku sendiri..tuk kawal kemarahanku, tuk sabar dengan dugaan hidup..mmg dia tidak sesempurna para ulama' mahupun para ustaz sekalipun, dia tidak sesempurna itu. namun ak bersyukur kerana dia adalah jodohku. 

dan malam ini, hatiku menangis kerana takut mati, ketakutan sehingga ak ssh melelaplan mataku sendiri krn spanjang 2hari ini..dua insan yg ak knali telah pergi menghadap Illahi.., takut2 esok ak tidak sempat melihat dunia lagi, takut2 Dia mengambil org2 yg ak sayang..nauzubillahi min dzalik..ssguhnya ak blum bsedia tuk itu..

mau ka Allah terima taubatku? mau kah Allah mengampuni segala dosa2ku dan dosa2 org2 yang ak sayang? umi, abah, mertuaku, suamiku, adik2ku, ank2ku?? ya Allah, ak mohon kepadamu agar ampunilah dosa2 kami ya Allah..berkatilah hidup kami, panjangkanlah usia kami, berilah petunjuk dan hidayahMu kepada kami ya Allah...

buat umi & abah yg disayangi...kakak mnta ampun dari hujung rambut smpai hujung kaki ya...sebab selalu nda dengar cakap umi abah..sll lawan cakap umi abah..especially umi..bila dah kwen ni, baru sedar kasih syg umi abah mmg tinggi untuk stp anak2nya...bila dah kawen ni,,baru tau rencah kehidupan yg sebenar (t/jawab isteri kepada suami dan keluarga mmg besar)..kakak mnta maaf nda sempat bgi kesenangan dunia tuk umi abah..insyaAllah, bila keja nnti, kakak akan bg..cuma doa umi abah yg kakak harapkan...kerana antara doa yg tidak diragui p'kabulannya adalah doa seorany bapa kepada anaknya..

buat suami tercinta...syg mnta maaf andai kata slama ni syg bnyak sshkan abg..biarkan abg sara hidup syg..trpksa bdepan ngan isteri abg yg degil ckit ni, hehe. tanpa disangka, kita sdah pn diijab kabulkan..dari kawan,timbulnya bibit2 cinta sehinggakan ada insan2 yang tidak senang dengan perkenalan dan perkahwinan kita.Maha suci Allah, kita merancang, Allah juga yang tentukan..pa pn, syg hrp jdoh kita kekal hnga akhir hayat kita..amiin...

kepadaMu ya Allah, Kau berilah petunjuk dan hidayahMu kepada kami ya Allah..sebagaimana yg Engkau berikan kepada insan2 yg telah Kau pilih...Kau panjangkanlah usia kami semua ya Allah,org tuaku, ibu mertuaku, suamiku, adik2ku, ank2ku..dan semua orang yag ak sayang... ya Allah, berkatilah rumahtangga kami, kurniakan kepada kami zuriat yg soleh dan solehah ya Allah, terimalah taubat hambaMu yang hina ini YaAllah..ampunkanlah sgala dosa2 kami semua ya Allah...amiin..amin ya Rabbal alamin..